Saturday 2 September 2017

BOLEHKAH SAKIT LUTUT PULIH SEPENUHNYA? Bahagian 3 - Arthritis



Kali ini kita sambung pula perbincangan mengenai Arthritis yang menjadi antara punca utama sakit lutut.

Arthritis pada lutut secara amnya terbahagi kepada 3:

1. Ostheoarthritis (OA) – suatu keadaan yang menyebabkan tulang rawan haus sedikit demi sedikit.  Biasanya mula terjadi pada individu yang telah mula berusia.

2. Rheumathoid Arthritis (RA) – keradangan pada sendi yang boleh terjadi tidak kira usia.

3. Arthritis selepas trauma (Post-traumatic Arthritis) – kebiasaanya berlaku selepas terdapat kecederaan pada lutut yang melibatkan tulang rawan, ligamen atau keretakan tulang.  Boleh terjadi walaupun kecederaan tersebut telah berlaku bertahun-tahun sebelumnya.


Antara tanda-tanda yang seseorang itu mengalami arthritis pada lutut adalah:

Sendi lutut bengkak atau rasa keras.  Lutut sukar untuk dibengkokkan seperti biasa.

Sakit semakin terasa dan bengkak pada lutut lebih ketara setelah lama tidak bergerak seperti selepas duduk, berehat atau tidur.

Aktiviti lasak akan menyebabkan kesakitan bertambah

Serpihan tulang rawan atau tisu lain di bahagian lutut mungkin mengganggu pergerakan lutut. Lutut boleh jadi seakan terkunci atau melekat semasa bergerak. Pergerakan lutut boleh menimbulkan bunyi berkeriut, klik, meletup atau bunyi geseran.

Rasa sakit tersebut menyebabkan lutut terasa lemah atau lutut terpeleot atau orang kita selalu sebut lutut lari.

Cuaca sejuk menyebabkan rasa sakit bertambah.


Untuk mengenal pasti sama ada sesorang menhidap arthtitis, doktor akan melakukan beberapa ujian termasuk x-ray, imbasan CT, imbasan tulang.  Hasil imbasan membolehkan doktor melihat keadaan tulang dalam lutut, bagi memastikan tahap arthritis yang dihadapi.

Ujian makmal juga biasanya akan dilakukan. Ujian darah dapat membantu doktor untuk mengenal pasti jenis arthritis yang dihadapi.

Terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan akibat arthritis. Kebanyakannya tidak melibatkan pembedahan. Namun untuk kes-kes yang tertentu, pembedahan mungkin diperlukan bagi mengelakkan sakit atau kesukaran bergerak yang lebih teruk.

Antara rawatan yang tidak melibatkan pembedahan adalah:

1. Perubahan gaya hidup dan aktiviti harian boleh membantu memperlahankan perkembangan arthritis.

-       Mengurangkan aktiviti memerlukan pergerakan lutut yang banyak seperti menaiki tangga

-       Menggantikan aktiviti berimpak tinggi seperti berlari atau bermain bola kepada yang berimpak rendah berenang atau berbasikal

-       Mengurangkan berat badan juga dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh lutut.

2. Terapi fizikal atau fisioterapi – latihan pergerakan khusus untuk lutut dapat membantu meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti pergerakan lutut.  Berbincanglah dengan doktor atau pakar fisioterapi untuk mendapatkan program latihan yang bersesuaian dengan keadaan masing-masing.

Alat bantuan sokongan "brace" pada lutut yang sedang menjalani rawatan fisioterapi.


3. Alat bantuan sokongan – penggunan peralatan sokongan seperti tongkat, kasut yang berupaya menyerap hentakan serta pendakap lutut dapat membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada lutut.

4. Minyak, gel, krim serta rawatan panas atau sejuk – biasanya rawatan ini bersifat sementara untuk melegakan kesakitan atau lenguh yang dirasai pada lutut.

5. Ubat – terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat atau mengawal perkembangan arthritis.  Jenis ubat yang sesuai bergantung kepada keadaan seseorang. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar berkaitan sebelum memulakan pengambilan ubat-ubatan.

Rawatan yang melibatkan pembedahan juga ada pelbagai peringkat. Antaranya ialah

Arthroscopy


1. Arthroscopy – proses di mana potongan kecil dibuat untuk memasukkan alatan halus yang panjang ke bahagian dalam lutut.  Alat tersebut boleh digunakan untuk melihat bahagian dalam lutut serta melakukan prosedur ringkas.

2. Graf tulang rawan – tisu rawan yang sihat dari lutut kaki sebelah atau bahagian lain boleh digunakan untuk mengisi ruang rawan yang rosak



3. Arthroplasty - menggantikan bahagian rawan atau tulang yang rosak dengan gantian yang diperbuat dari logam atau plastic bagi membolehkan pergerakan lutut berlaku dengan baik tanpa kesakitan.
  

Setiap jenis pembedahan akan mengambil masa untuk sembuh dan perlu disertakan dengan fisioterapi bagi mengembalikan fleksibiliti dan kekuatan lutut.


Berbincanglah dengan doktor dan pakar untuk mengenalpasti masalah serta rawatan sakit lutut yang bersesuaian untuk anda.

BOLEHKAH SAKIT LUTUT PULIH SEPENUHNYA? Bahagian 2 - Kecederaan pada Ligamen




Seperti yang pernah dinyatakan dalam penulisan sebelum ini, kecederaan ligamen adalah antara faktor utama yang menyebabkan sakit lutut.

Pernah tengok ligamen? Jika belum, sila lihat contoh dalam gambar model struktur lutut yang disertakan, Ligamen ialah sekumpulan tisu berfiber yang lembut, kenyal dan kuat. Bahan asas ligamen dibina oleh kumpulan rantaian kolagen. Ia berfungsi menghubungkan tulang dan menstabilkan pergerakan sendi tersebut.   

Terdapat empat jenis ligament pada bahagian lutut yang mudah tercedera:


1. Anterior Cruciate Ligament (ACL) menghubungkan tulang paha (femur) ke tulang betis (tibia).  ACL adalah ligamen yang paling kerap tercedera.

2. Posterior Cruciate Ligament (PCL) juga menghubungkan tulang paha ke tulang betis.  PCL jarang mengalami kecederaan kecuali di dalam kes-kes kemalangan kereta.

3. Lateral Collateral Ligament (LCL) menghubungkan tulang paha ke tulang betis yang lebih kecil (fibula) terletak di bahagian tepi luar lutut.

4. Medial Collateral Ligament (MCL) menghubungkan tulang paha ke tulang betis di bahagian tepi dalam lutut


Bagaimana ligamen boleh tercedera?


Antara penyebab utama kecederaan ligamen adalah perubahan arah pergerakan dengan pantas seperti pergerakan semasa bermain bola atau futsal, mendarat dengan cara yang salah selepas melompat serta hentakan alatan tumpul secara langsung pada lutut seperti kena ‘tackle’ dalam permainan rugby.

Otot kaki yang yang tidak kuat serta atur pergerakan kaki yang tidak betul turut meningkatkan kebarangkalian berlaku kecederaan pada ligamen lutut.  

Bagaimana rasanya sakit lutut akibat kecederaan ligamen?
Anda mungkin akan merasai perkara-perkara di bawah ini.

1. Kesakitan di bahagian lutut, biasanya secara tiba-tiba dan amat kuat
2. Kedengaran bunyi “Pop” atau seakan rentapan yang kuat
3. Bengkak di dalam 24 jam selepas mengalami kecederaan tersebut
4. Terasa lutut longgar
5. Tidak boleh berdiri atau meletakkan sebarang bebanan ke atas lutut tanpa merasa sakit,




Kecederaan pada ligamen dikategorikan pada beberapa peringkat:


Tahap 1 – ligamen mengalami regangan atau tertarik lebih dari sepatutnya. Tiada luka atau koyakkan pada ligamen.  

Tahap 2 – sebahagian dari rantaian ligamen terkoyak.  Bengkak dan lebam mungkin berlaku. Rasa sakit yang lebih kuat. Sukar melakukan pergerakan pada lutut.

Tahap 3 – ligamen terputus terus.  Pendarahan dalam mungkin berlaku. Lutut jadi tidak stabil dan tidak dapat menampung berat.  Kebiasaannya tiada kesakitan dirasai kerana saraf yang merasa sakit turut terkoyak atau putus terus.

Untuk lebih mudah difahami, cuba bayangkan tali getah yang biasa digunakan untuk mengikat barang di motorsikal atau basikal atau nama lainnya ‘bungee cord’. Ia diperbuat oleh beberapa jalur getah yang disusun memanjang dan hujungnya dicantumkan.

"Bungee Cord"

Helaian jalur getah halus yang membentuk bungee cord. 


Kecederaan Tahap 1 – tali getah tersebut ditarik terlebih dari yang sepatutnya mengakibatkan kurang keanjalannya.

Kecederaan Tahap 2 – beberapa helai jalur getah di dalam tali tersebut putus. Masih boleh digunakan tetapi tali getah tersebut sudah tidak kuat.

Kecederaan Tahap 3 – semua jalur getah di dalam tali tersebut telah putus dan tali getah tersebut tidak dapat digunakan lagi.

OK, dah boleh nampak kan?

Mujurlah ligamen tidak dibuat dari tali getah.  Ia masih boleh pulih jika menerima rawatan yang betul. 

Bagi kecederaan Tahap 1 dan 2, rehat, penggunaan ais serta ubat anti-keradangan biasanya memadai.  Penggunaan alat sokongan lutut (brace) dan taping (pita perekat) sesuai digunakan bagi mengelakkan regangan berlebihan pada ligament semasa tempoh pemulihan.

Fisioterapi boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan dengan menguatkan otot serta membetulkan arah jaringan fiber ligamen tumbuh semula.  Biasanya dengan rawatan yang betul, kekuatan asal akan diperoleh selepas 6 minggu iaitu setelah fiber kolagen yang membentuk ligamen tersebut matang.

Penggunaan "brace" pada lutut yang sedang menjalani fisioterapi.


Manakala untuk kecederaan pada Tahap 3, menjadi satu keperluan untuk menggunakan alat sokongan yang dapat menampung berat supaya ligamen tersebut bebas dari menampung berat dan mendapat ruang untuk mengalami pemulihan.  Fisioterapi perlu dilakukan bagi menggalakkan pemulihan yang betul. 

Bergantung pada keperluan, biasanya yang melibatkan ACL dan PCL putus terus, pembedahan pembentukan semula ligamen boleh dilakukan. Tempoh pemulihan biasanya mengambil masa 3-4 bulan sebelum aktiviti biasa dapat dilakukan semula.

Harus diingat, fisioterapi adalah amat penting dalam proses pemulihan ligamen kerana ia dapat menggalakkan pertumbuhan tisu fiber yang membentuk ligamen dengan cara betul. Jika dibiarkan sahaja, proses tersebut boleh mengambil masa bertahun-tahun atau pemulihan yang tidak betul boleh berlaku, dan akan menyukarkan pergerakan atau mendatangkan rasa sakit di masa hadapan.

Jik anda mengalami masalah sakit lutut seperti yang diterangkan di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan pandangan doktor atau pakar. Kenal pasti punca dari awal, ia dapat mengelakkan kecederaan yang lebih teruk serta kos rawatan yang lebih tinggi.





Tuesday 29 August 2017

BOLEHKAH SAKIT LUTUT PULIH SEPENUHNYA? Bahagian 1- Kecederaan pada Tulang Rawan (Cartilage)



Sakit lutut boleh disebabkan oleh beberapa faktor.  Antara penyebab utamanya ialah kerosakan dan kecederaan pada tulang rawan (cartilage), kecederaan pada ligament, dan arthritis.

Hari ini kita akan bercerita mengenai kerosakan pada tulang rawan (cartilage), yang biasa disebut oleh orang kita sebagai gel atau air lutut. Terdapat 2 jenis rawan di lutut manusia iaitu Articular Cartilage dan Meniscal Cartilage (meniscus). 

Anatomi lutut menunjukkan jenis rawan pada sendi lutut


Buat permulaan, kita fahamkan dulu fungsi tulang rawang ni.  Pernah tengok peha ayam goreng kan? Di hujung tulang akan ada rawan berwarna putih yang rapuh.  Fungsinya adalah sebagai alas bagi melincirkan pergerakan di antara tulang paha dan tulang betis. Selain itu ia juga berfungsi sebagai penyalur bebanan dari paha ke betis.

Rawan boleh tercedera atas beberapa sebab:

1. Lutut menerima bebanan atau hentakan yang kuat seperti terjatuh atau kemalangan.  Pergerakan yang kasar seperti semasa bersukan juga antara punca kecederaan pada rawan lutut ini.

2.Haus.  Ini adalah antara kesan pergerakan dan dan stress pada rawan untuk jangka masa panjang.  Berat badan yang berlebihan memberi stress yang berterusan pada rawan. Penyakit arthritis juga antara punca rawan rosak.

3. Kurang pergerakan.  Untuk rawan kekal sihat, ia perlu selalu bergerak.  Kurangnya pergerakan untuk jangka masa yang lama menyebabkan kualiti rawan merosot.

Apabila rawan ini mengalami kecederaan atau kerosakan, atau lebih teruk lagi telah haus, tulang paha dan tulang betis akan berlaga semasa pergerakan kaki yang melibatkan lutut. Penyaluran bebanan juga tidak dapat berlaku dengan baik.  Ini menyebabkan rasa sakit yang kuat pada bahagian lutut.

Persoalannya, bolehkah rawan pulih?

Secara amnya, ya dan tidak. Bahagian rawan yang menerima darah masih boleh dipulihkan.  Manakala bahagian rawan yang tidak menerima darah tidak dapat dipulihkan, Namun pelbagai kajian masih dilakukan untuk mencari kaedah untuk merawat dan membina semula rawan yang rosak. 

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit lutut akibat kerosakan rawan?

Bergantung pada tahap kecederaan dan kerosakan tersebut, doktor akan mencadangkan dari berehat, fisioterapi hingga ke pembedahan, bergantung kepada tahap kecederaan atau kerosakan yang dialami..

Untuk kecederaan ringan atau keradangan, biasanya individu akan dinasihat untuk merehatkan pergerakan kaki terutamanya bahagian lutut serta mengurangkan bebanan pada lutut, sehingga keradangan itu surut.

Fisioterapi pula biasanya akan menggariskan pergerakan yang perlu dibuat untuk memudahkan pergerakan lutut serta senaman untuk menguatkan otot pada bahagian paha dan betis.  Ini kerana selain dari rawan, otot juga bertindak menyokong lutut dalam menyerap bebanan pada bahagian kaki.  Otot yang kuat pada paha dan betis akan membantu mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh rawan yang telah cedera atau haus.

Fisioterapi lutut


Untuk kes yang lebih teruk, pembedahan bagi menggantikan rawan tersebut mungkin akan dicadangkan oleh doktor.

Pembedahan gantian tulang rawan lutut



Yang penting, jika ada terasa sakit pada lutut, dapatkan pandangan dari doktor serta pakar bertauliah secepat mungkin.  Bila punca kesakitan telah dikenalpasti, baru rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

3 PUNCA UTAMA KEPADA SAKIT LUTUT YANG MELAMPAU



Lutut adalah sendi yang bekerja hampir sepanjang masa sewaktu kita bergerak.  Tidak hairan jika ramai yang sering mengalami sakit lutut. Pada kebiasaan, ia dikaitkan dengan usia yang meningkat. Namun sakit lutut sebenarnya boleh juga menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia.   Berikut adalah penyebab yang selalu dikaitkan sebagai punca utama kepada sakit lutut.




Tulang rawan adalah lapisan lembut tetapi tahan lasak yang meliputi hujung tulang. Kalau biasa tengok tulang paha ayam, bahagian berwarna putih pada hujung tulang itulah tulang rawan. Ia bertindak sebagai pelincir pergerakkan tulang paha dan betis. Tanpa tulang rawan, kedua-dua hujung tulang tersebut akan bergeser pada permukaan yang kasar dan kesat yang menyebabkan rasa sakit.




Ligamen adalah penyambung diantara tulang paha dan juga tulang betis. Kesakitan yang dialami biasanya berpunca dari kecederaan pada ligamen akibat aktiviti sukan. Kecederaan pada ligamen menyebabkan rasa sakit yang kuat pada lutut sehingga ada yang memerlukan pembedahan untuk merawatnya.




Arthritis lutut adalah antara sebab yang paling banyak dalam menyebabkan sakit lutut melampau. Malangnya, arthritis adalah sejenis penyakit degeneratif kronik yang lama kelamaan akan semakin merosakkan lutut, dan mungkin memerlukan pembedahan. Terdapat pelbagai jenis arthritis. Antara tanda arthritis lutut adalah terasa tegang, bengkak dan kesukaran untuk membengkokkan lutut.

Selain dari pembedahan, berikut adalah rawatan yang biasa dilakukan untuk menangani masalah sakit kaki melampau ini:

1. Penurunan berat badan. Dengan mengurangkan berat badan, bebanan ke atas lutut untuk menampung berat badan dapat dikurangkan.

2. Senaman menguatkan otot, ligamen dan tendon di sekeliling lutut. Bebanan pada kepala lutut akan berkurangan kerana otot, tendon serta ligamen yang kuat dapat menyokong lutut dengan lebih baik untuk menanggung beban.

3. Balutan. Apabila lutut dibalut dengan kain bandage atau kain lain yang sesuai, pergerakan di bahagaian lutut berkurangan lantas mengurangkan geseran di antara tulang yang menyebabkan kesakitan melampau. Selain itu, balutan juga menghalang berlaku bengkak.

4. Pill tahan sakit dan pil anti keradangan.
Walau bagaimanapun, jika anda merasa sakit yang melampau pada bahagian lutut dan ingin mendapatkan rawatan dan kelegaan, segera berjumpa doktor untuk memastikan puncanya.



Dengan diagnosis yang betul, rawatan yang bersesuaian dapat diberikan untuk menangani masalah sakit lutut melampau.

Wednesday 22 February 2017

REVOLUSI TEKNOLOGI RAWATAN SAKIT OTOT SEPANTAS 3 HARI TANPA KESAN SAMPINGAN.

MRI menunjukkan otot dan tendon yang terkoyak pada bahu kiri.
OTOT DAN TENDON BAHU KOYAK MULA SEMBUH LEPAS 2 HARI!

"Awak kena elakkan dari bawak motor atau kereta untuk 2 ke 3 bulan. Awak MC 2 minggu dulu"...

"Aduh Doktor, mana boleh saya nak rehat lama macam tu. Hilang pendapatan saya nanti. MC tu tak perlu pun sebab saya kerja sendiri"

"Saya faham.. tapi kalau nak baik kena rehatkan juga. Ada KOYAKKAN OTOT dan TENDON yang ketara pada bahu awak. "

Cuba bayangkan, untuk seseorang yang pendapatannya bergantung pada jualan dan penghantaran barang yang dilakukan setiap hari, atau kata lain kais pagi makan pagi, kalau tak kais? Hilang pendapatan... Boleh miss soru tu..

Namun itulah situasinya pada 16 August 2016 lalu. Pemeriksaan MRI mengesahkan kecederaan yang dialami pada bahu kiri. Azabnya aduhai... menangis dibuatnya. Duduk sakit, berdiri sakit, nak baring pun sakit. Setiap hari pasti perlu ambil ubat tahan sakit, sekurang-kurangnya 2 kali. Kalau tak, satu kerja pun tak jadi.

Surat Keputusan Ujian MRI
Macam-macam telah diikhtiarkan. Beribu RM juga sudah dihabiskan untuk physiotherapy dan urut tradisional serta ubat-ubatan. Rasa sakit cuma hilang sementara selama 2-3 jam, kemudian sakit tersebut kembali. Ubat tahan sakit jugalah jawabnya.

Krim panas, minyak urut tradisional, "ice pack", acupunture.. sebut saja, telah dicuba. Sakitnya tidak juga hilang. Tangan kiri masih belum boleh diangkat tanpa sokongan. Nak jadi cerita, siku kanan pula kena "tennis elbow" disebabkan terlampau bergantung pada tangan kanan untuk beberapa minggu.
"Shoulder support" untuk menyokong pergerakan bahu.

PARAH!
"Bro, ozonated olive oil yang aku cakap tu dah sampai. Nak cuba?"
Tiga hari selepas MRI, seorang sahabat mencadangkan untuk cuba minyak zaiton yang sudah dimasukkan gas ozon.

"Tak rugi apa pun cuba. Mari sini."
Betul ke minyak ni? Tak rasa apa pun masa disapu. Sejuk tidak, panas tidak, berangin pun tidak. Tapi sebab dah ada, minyak terus disapu pada bahu kiri dan siku kanan selepas mandi pagi dan sebelum tidur.

Bangun pagi hari ketiga, RASA SAKIT pada kedua-dua siku kanan dan bahu kiri macam HILANG. Tangan kiri sudah boleh diangkat. Orang utara cakap macam "dikutil-kutil buang". Lega sungguh.

Kawan tadi pun cerita latar belakang minyak ni. Senang saja konsepnya. Minyak zaiton “extra virgin” yang berkualiti tinggi, ditambah atau disuntik dengan gas ozon. Gas ozon ni terdiri dari molekul dan atom oksigen. Erti kata lain, minyak zaiton ini menjadi pembawa oksigen. Inilah kelebihannya.

Apa yang bagusnya Ozonated Olive Oil (Minyak Zaiton Berozon)?

Tisu-tisu sel otot dan saraf yang cedera memerlukan nutrien dan oksigen untuk menjalani proses rawatan dan pemulihan. Nutrien senang didapati daripada makanan. Tetapi oksigen agak sukar untuk diberi. Kalau ada pun MAHAL! Tak percaya kalau cuba cari rawatan suntikan oksigen atau kamar oksigen (Oxygen chamber). Kalau tak beribu RM, beratus jugakla sekali rawatan. Tapi Minyak Zaiton Berozon dari fixiO3 ni murah saja harganya...

Berapa nilainya?

Jangan pula dibandingkan dengan minyak panas atau minyak tomoi/kuda. Minyak-minyak dan gel panas macam tu memang murah, tapi cuma memberi kelegaan sementara dan tidak merawat kecederaan yang dialami pun. Bandingkan dengan rawatan terapi ozon atau kamar oksigen yang dicerita tadi kerana fungsi mereka sama iaitu merawat kecederaan pada peringkat tisu-tisu sel.

Jadi memang sesuai sangat digunakan untuk merawat sakit badan seperti berikut:

  • - luka
  • - sengal-sengal
  • - kejang
  • - sakit lutut, kaki
  • - sakit sendi
  • - sakit pinggang
  • - stroke

Kerana sakit-sakit ini memerlukan rawatan serta pemulihan sehingga ke peringkat tisu-tisu sel baik otot mahupun saraf.

Jadi berapa nilainya??? RM1,000? RM2,000? RM50 pun tak sampai..

BIAR BETUL!!! Jangan tak percaya, RM40 pun tak sampai tau..

Hanya RM38.. cukup untuk melegakan sakit pinggang, sakit kaki, sakit lutut serta lenguh-lenguh yang berpanjangan dan membolehkan anda atau ahli keluarga serta sahabat handai kembali bergerak bebas.

Jadi jika anda atau ahli keluarga atau sahabat handai:

  • - mempunyai masalah kerap sakit pinggang, sakit lutut, kaki dan bahu, serta lenguh-lenguh dn sakit otot yang berpanjangan
  • - sedang menjalani rawatan physiotherapy
  • - sedang dalam proses rawatan dan pemulihan akibat stroke, kemalangan atau kecederaan sukan
  • - selalu melakukan aktiviti sukan/lasak, tetapi nak recover ambil masa berhari-hari;

fixiO3 : Untuk rawatan kecederaan otot yang mudah, murah dan berkesan.
Anda patut mencuba fixiO3 Ozonated Olive Oil (Minyak Zaiton Berozon ) ini. Rasai sendiri perbezaannya berbanding minyak, gel serta krim rawatan sakit otot yang lain. Keberkesanannya telah terbukti. Anda pasti berpuashati dengan fixiO3.

Hanya RM38 sebotol (tak termasuk pos)
+RM7 poslaju dalam Semenanjung/
+RM10 poslaju ke Sabah dan Sarawak

SMS/Whatsapp "O3" ke 012-2207528 sekarang untuk tempahan!

TESTIMONI - MAK AYAH PUN SUKA GUNA fixiO3

Bila diri sendiri dah guna dan berkesan, baru nak repeat order.
Bagi pula pada mak ayah. Diorang pun lega dari sakit. Anak mana tak seronok kan?
Haa.. kalau ada mak ayah yang ada sakit-sakit badan tu, cuba hadiahkan fixiO3 ni seorang sebotol. Untung-untung elok.. sayang mak ayah kat korang nanti.

No automatic alt text available.
Image may contain: text


+3