Kali ini kita sambung pula perbincangan mengenai Arthritis yang menjadi antara
punca utama sakit lutut.
Arthritis pada lutut secara amnya terbahagi kepada 3:
1. Ostheoarthritis
(OA) – suatu keadaan yang menyebabkan tulang rawan haus sedikit demi
sedikit. Biasanya mula terjadi pada
individu yang telah mula berusia.
2. Rheumathoid
Arthritis (RA) – keradangan pada sendi yang boleh terjadi tidak kira usia.
3. Arthritis selepas
trauma (Post-traumatic Arthritis) – kebiasaanya berlaku selepas terdapat
kecederaan pada lutut yang melibatkan tulang rawan, ligamen atau keretakan
tulang. Boleh terjadi walaupun
kecederaan tersebut telah berlaku bertahun-tahun sebelumnya.
Antara tanda-tanda yang seseorang itu mengalami arthritis pada lutut
adalah:
- Sendi lutut bengkak
atau rasa keras. Lutut sukar untuk
dibengkokkan seperti biasa.
- Sakit semakin
terasa dan bengkak pada lutut lebih ketara setelah lama tidak bergerak seperti
selepas duduk, berehat atau tidur.
- Aktiviti lasak akan
menyebabkan kesakitan bertambah
- Serpihan tulang
rawan atau tisu lain di bahagian lutut mungkin mengganggu pergerakan lutut.
Lutut boleh jadi seakan terkunci atau melekat semasa bergerak. Pergerakan lutut
boleh menimbulkan bunyi berkeriut, klik, meletup atau bunyi geseran.
- Rasa sakit tersebut
menyebabkan lutut terasa lemah atau lutut terpeleot atau orang kita selalu
sebut lutut lari.
- Cuaca sejuk
menyebabkan rasa sakit bertambah.
Untuk mengenal pasti sama ada sesorang menhidap arthtitis, doktor akan
melakukan beberapa ujian termasuk x-ray, imbasan CT, imbasan tulang. Hasil imbasan membolehkan doktor melihat
keadaan tulang dalam lutut, bagi memastikan tahap arthritis yang dihadapi.
Ujian makmal juga biasanya akan dilakukan. Ujian darah dapat membantu
doktor untuk mengenal pasti jenis arthritis yang dihadapi.
Terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan akibat arthritis.
Kebanyakannya tidak melibatkan pembedahan. Namun untuk kes-kes yang tertentu,
pembedahan mungkin diperlukan bagi mengelakkan sakit atau kesukaran bergerak
yang lebih teruk.
Antara rawatan yang tidak melibatkan pembedahan adalah:
1. Perubahan gaya
hidup dan aktiviti harian boleh membantu memperlahankan perkembangan arthritis.
- Mengurangkan
aktiviti memerlukan pergerakan lutut yang banyak seperti menaiki tangga
- Menggantikan
aktiviti berimpak tinggi seperti berlari atau bermain bola kepada yang berimpak
rendah berenang atau berbasikal
- Mengurangkan berat
badan juga dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh lutut.
2. Terapi fizikal atau
fisioterapi – latihan pergerakan khusus untuk lutut dapat membantu meningkatkan
keupayaan dan fleksibiliti pergerakan lutut.
Berbincanglah dengan doktor atau pakar fisioterapi untuk mendapatkan
program latihan yang bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
Alat bantuan sokongan "brace" pada lutut yang sedang menjalani rawatan fisioterapi. |
3. Alat bantuan
sokongan – penggunan peralatan sokongan seperti tongkat, kasut yang berupaya
menyerap hentakan serta pendakap lutut dapat membantu mengurangkan tekanan yang
dikenakan pada lutut.
4. Minyak, gel, krim
serta rawatan panas atau sejuk – biasanya rawatan ini bersifat sementara untuk
melegakan kesakitan atau lenguh yang dirasai pada lutut.
5. Ubat – terdapat
pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat atau mengawal
perkembangan arthritis. Jenis ubat yang
sesuai bergantung kepada keadaan seseorang. Dapatkan nasihat dari doktor atau
pakar berkaitan sebelum memulakan pengambilan ubat-ubatan.
Rawatan yang melibatkan pembedahan juga ada pelbagai peringkat.
Antaranya ialah
Arthroscopy |
1. Arthroscopy –
proses di mana potongan kecil dibuat untuk memasukkan alatan halus yang panjang
ke bahagian dalam lutut. Alat tersebut
boleh digunakan untuk melihat bahagian dalam lutut serta melakukan prosedur
ringkas.
2. Graf tulang rawan –
tisu rawan yang sihat dari lutut kaki sebelah atau bahagian lain boleh
digunakan untuk mengisi ruang rawan yang rosak
3. Arthroplasty -
menggantikan bahagian rawan atau tulang yang rosak dengan gantian yang
diperbuat dari logam atau plastic bagi membolehkan pergerakan lutut berlaku
dengan baik tanpa kesakitan.
Setiap jenis pembedahan akan mengambil masa untuk sembuh dan perlu
disertakan dengan fisioterapi bagi mengembalikan fleksibiliti dan kekuatan
lutut.
Berbincanglah dengan doktor dan pakar untuk mengenalpasti masalah serta
rawatan sakit lutut yang bersesuaian untuk anda.