Lutut adalah sendi yang bekerja hampir sepanjang masa sewaktu kita bergerak. Tidak hairan jika ramai yang sering mengalami sakit lutut. Pada kebiasaan, ia dikaitkan dengan usia yang meningkat. Namun sakit lutut sebenarnya boleh juga menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia. Berikut adalah penyebab yang selalu
dikaitkan sebagai punca utama kepada sakit lutut.
Tulang rawan adalah lapisan lembut tetapi tahan lasak yang
meliputi hujung tulang. Kalau biasa tengok tulang paha ayam, bahagian berwarna
putih pada hujung tulang itulah tulang rawan. Ia bertindak sebagai pelincir
pergerakkan tulang paha dan betis. Tanpa tulang rawan, kedua-dua hujung tulang
tersebut akan bergeser pada permukaan yang kasar dan kesat yang menyebabkan
rasa sakit.
Ligamen adalah penyambung diantara tulang paha dan juga
tulang betis. Kesakitan yang dialami biasanya berpunca dari kecederaan pada
ligamen akibat aktiviti sukan. Kecederaan pada ligamen menyebabkan rasa sakit
yang kuat pada lutut sehingga ada yang memerlukan pembedahan untuk merawatnya.
Arthritis lutut adalah antara sebab yang paling banyak dalam
menyebabkan sakit lutut melampau. Malangnya, arthritis adalah sejenis penyakit
degeneratif kronik yang lama kelamaan akan semakin merosakkan lutut, dan
mungkin memerlukan pembedahan. Terdapat pelbagai jenis arthritis. Antara tanda
arthritis lutut adalah terasa tegang, bengkak dan kesukaran untuk membengkokkan
lutut.
Selain dari pembedahan, berikut adalah rawatan yang biasa
dilakukan untuk menangani masalah sakit kaki melampau ini:
1. Penurunan berat badan. Dengan mengurangkan berat badan,
bebanan ke atas lutut untuk menampung berat badan dapat dikurangkan.
2. Senaman menguatkan otot, ligamen dan tendon di sekeliling
lutut. Bebanan pada kepala lutut akan berkurangan kerana otot, tendon serta
ligamen yang kuat dapat menyokong lutut dengan lebih baik untuk menanggung
beban.
3. Balutan. Apabila lutut dibalut dengan kain bandage atau
kain lain yang sesuai, pergerakan di bahagaian lutut berkurangan lantas
mengurangkan geseran di antara tulang yang menyebabkan kesakitan melampau.
Selain itu, balutan juga menghalang berlaku bengkak.
4. Pill tahan sakit dan pil anti keradangan.
Walau bagaimanapun, jika anda merasa sakit yang melampau
pada bahagian lutut dan ingin mendapatkan rawatan dan kelegaan, segera berjumpa
doktor untuk memastikan puncanya.
Dengan diagnosis yang betul, rawatan yang bersesuaian dapat
diberikan untuk menangani masalah sakit lutut melampau.
No comments:
Post a Comment