Sakit lutut boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara penyebab utamanya ialah kerosakan
dan kecederaan pada tulang rawan (cartilage), kecederaan pada ligament, dan
arthritis.
Hari ini kita akan bercerita mengenai kerosakan pada tulang rawan
(cartilage), yang biasa disebut oleh orang kita sebagai gel atau air lutut. Terdapat
2 jenis rawan di lutut manusia iaitu Articular Cartilage dan Meniscal Cartilage
(meniscus).
Anatomi lutut menunjukkan jenis rawan pada sendi lutut |
Buat permulaan, kita fahamkan dulu fungsi tulang rawang ni. Pernah tengok peha ayam goreng kan? Di hujung
tulang akan ada rawan berwarna putih yang rapuh. Fungsinya adalah sebagai alas bagi
melincirkan pergerakan di antara tulang paha dan tulang betis. Selain itu ia
juga berfungsi sebagai penyalur bebanan dari paha ke betis.
Rawan boleh tercedera atas beberapa sebab:
1. Lutut menerima
bebanan atau hentakan yang kuat seperti terjatuh atau kemalangan. Pergerakan yang kasar seperti semasa bersukan
juga antara punca kecederaan pada rawan lutut ini.
2.Haus. Ini adalah antara kesan pergerakan dan dan
stress pada rawan untuk jangka masa panjang.
Berat badan yang berlebihan memberi stress yang berterusan pada rawan.
Penyakit arthritis juga antara punca rawan rosak.
3. Kurang
pergerakan. Untuk rawan kekal sihat, ia
perlu selalu bergerak. Kurangnya
pergerakan untuk jangka masa yang lama menyebabkan kualiti rawan merosot.
Apabila rawan ini mengalami kecederaan atau kerosakan, atau lebih teruk
lagi telah haus, tulang paha dan tulang betis akan berlaga semasa pergerakan
kaki yang melibatkan lutut. Penyaluran bebanan juga tidak dapat berlaku dengan
baik. Ini menyebabkan rasa sakit yang
kuat pada bahagian lutut.
Persoalannya, bolehkah rawan pulih?
Secara amnya, ya dan tidak. Bahagian rawan yang menerima darah masih
boleh dipulihkan. Manakala bahagian
rawan yang tidak menerima darah tidak dapat dipulihkan, Namun pelbagai kajian
masih dilakukan untuk mencari kaedah untuk merawat dan membina semula rawan
yang rosak.
Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit lutut akibat kerosakan
rawan?
Bergantung pada tahap kecederaan dan kerosakan tersebut, doktor akan
mencadangkan dari berehat, fisioterapi hingga ke pembedahan, bergantung kepada
tahap kecederaan atau kerosakan yang dialami..
Untuk kecederaan ringan atau keradangan, biasanya individu akan
dinasihat untuk merehatkan pergerakan kaki terutamanya bahagian lutut serta
mengurangkan bebanan pada lutut, sehingga keradangan itu surut.
Fisioterapi pula biasanya akan menggariskan pergerakan yang perlu dibuat
untuk memudahkan pergerakan lutut serta senaman untuk menguatkan otot pada
bahagian paha dan betis. Ini kerana
selain dari rawan, otot juga bertindak menyokong lutut dalam menyerap bebanan
pada bahagian kaki. Otot yang kuat pada
paha dan betis akan membantu mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh
rawan yang telah cedera atau haus.
Fisioterapi lutut |
Untuk kes yang lebih teruk, pembedahan bagi menggantikan rawan tersebut
mungkin akan dicadangkan oleh doktor.
Pembedahan gantian tulang rawan lutut |
Yang penting, jika ada terasa sakit pada lutut, dapatkan pandangan dari
doktor serta pakar bertauliah secepat mungkin.
Bila punca kesakitan telah dikenalpasti, baru rawatan yang bersesuaian
dapat diberikan.
No comments:
Post a Comment